Pendidikan Akidah
Pendahuluan
Pendidikan akidah merupakan asas
kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan
Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akidah menyebabkan amalannya
tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah swt. Ayat-ayat yang terawal yang
diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw di Makkah menjurus kepada
pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan penghayatan akidah yang kuat dan
jelas maka Nabi Muhammad saw telah berjaya melahirkan sahabat-sahabat yang
mempunyai daya tahan yang kental dalam mempertahan dan mengembangkan Islam ke
seluruh dunia. Bilal bin Rabah tidak berganjak imannya walaupun diseksa dan
ditindih dengan batu besar di tengah padang pasir yang panas terik. Demikian
juga keluarga Amar bin Yasir tetap teguh iman mereka walau berhadapan dengan
ancaman maut. Dari sini kita nampak dengan jelas bahawa pendidikan akidah amat
penting dalam jiwa setiap insan muslim agar mereka dapat mempertahan iman dan
agama Islam lebih-lebih lagi di zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran
dalam segenap penjuru terutamanya internet dan teknologi maklumat yang
berkembang dengan begitu pesat sekali.
2.0
Matlamat dan Objektif Pendidikan Akidah
2.1 Mengakui keesaan Allah swt
Matlamat utama pendidikan akidah
Islam ialah mendidik manusia supaya mengakui keesaan dan ketunggalan Allah swt
sebagai tuhan yang wajib disembah. Tiada sekutu bagiNya. Ini dijelakan oleh
Allah swt dalam firmanNya yang bermaksud :
"Katakanlah (wahai Muhammad) Dia ialah Allah Yang Maha Esa. Allah menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa yang setara denganNya"
(al-Ikhlas : 1-4)
"Katakanlah (wahai Muhammad) Dia ialah Allah Yang Maha Esa. Allah menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa yang setara denganNya"
(al-Ikhlas : 1-4)
Ayat di atas mendidik manusia supaya
mengaku keesaan dan kekuasaan Allah swt. Ayat ini diturunkan di Makkah di awal
perkembangan Islam. Oleh kerana akidah merupakan asas kepada kekuatan dan
pembinaan Islam sebagai al-Din maka wahyu-wahyu yang terawal yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad saw menjurus kepada pendidikan Akidah bagi menanam
keyakinan yang teguh dalam jiwa manusiatentang keesaan Allah swt.
2.2 Melahirkan manusia yang patuh
dan tunduk kepada Allah swt .Pendidikan akidah juga penting untuk mendidik
manusia supaya patuh dan tunduk kepada kebesaran dan keagongan Allah swt.
2.3 Membentuk keperibadian insan
Sebagaimana acuan dapat membentuk
dan mencorakkan air kandungannya maka demikianlah akidah dapat membentuk dan
mendidik orang yang mengambilnya menepati dengan hakikat dan tabiat kemanusiaan
yang tulen dan asli seperti yang dikehendaki oleh penciptanya. Pendidikan
akidah dapat membentuk sifat-sifat nalurinya, akal fikirannya, iradahnya dan
perasaannya. Ringkasnya pendidikan akidah bermatlamat untuk membentuk nilai
akhlak dan keperibadian seseorang insan yang akan mencorakkan suluk amali atau
gerak laku amal perbuatan selaras dengan peranan dan tanggungjawab manusia
sebagai khalifah Allah swt di muka bumi ini. Menurut Mohd Sulaiman Yasin
(1987), Akidah Islam ialah akidah yang bersumberkan ketuhanan (akidah
Rabbaniyyah) yang tetap, syumul, menyeluruh dan fitrah. Tabiat akidah yang
demikian ialah akidah yang kukuh dan teguh. Hanya akidah yang teguh sahaja
dapat membentuk manusia yang teguh dan kukuh. Kekukuhan dan keteguhan akidah
ialah kerana kekukuhan dan keteguhan ciri-ciri yang menjadi kandungan akidah
itu, yang merangkumi segala hakikat iaitu hakikat ketuhanan, hakikat alma
semesta dan hakikat kemanusiaan serta nilai-nilai kebenaran, kebaikan dan
keindahan. Kekukuhan akidah inilah yang akhirnya menjadi sumber kekuatan Islam.
Itulah hakikat kekuatan umat Islam, kekuatan jiwa dan rohani serta peribadinya
yang menjadi asas kepada kekuatan jasmaninya. Di dalam sejarah
kegemilangan umat Islam yang silam kita mendapati bahawa umat Islam di masa itu
telah dibentuk dan dididik oleh akidah yang akhirnya melahirkan kekuatan yang
sungguh kental dan luar biasa. Kita lihat sahaja kepada Bilal, bahawa akidah
telah memberikan kekuatan kepadanya. Abdul Rahman bin Auf dan Osman bin Affan
sanggup membelanjakan hartanya kerana mempertahankan Islam sehingga tiada apa lagi
yang dimiliki melainkan Allah swt dan Rasul. Ali bin Abi Talib sanggup
mempertaruhkan nyawanya kerana Rasulullah saw dan banyak lagi contoh-contoh
yang ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah saw hasil dari pendidikan akidah
yang mantap.
2.0 Definisi
Akidah
Perkataan akidah berasal dari
perkataan bahasa Arab iaitu "aqada yang bererti ikatan atau simpulan.
Perkataan ini juga digunakan pada sesuatu yang maknawi seperti akad nikah dan
akad jual beli. Dari ikatan atau simpulan yang maknawi ini maka lahirlah akidah
iaitu ikatan atau simpulan khusus dalam kepercayaan. Sementara dari segi
istilah, akidah bermaksud kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat
dalam jiwa seseorang sehingga tidak mungkin tercerai atau terurai. Akidah
menurut istilah syara" pula bermaksud kepercayaan atau keimanan kepada
hakikat-hakikat atau nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti
dan hakiki, yang kudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh syara" iaitu
beriman kepada Allah swt, rukun-rukun Iman, rukun-rukun Islam dan
perkara-perkara ghaibiyyat.
3.2 Hakikat
Iman
Dalam menjelaskan definisi akidah
ada disebut perkataan kepercayaan atau keimanan. Ini disebabkan Iman merupakan
unsur utama kepada akidah. Iman ialah perkataan Arab yang bererti percaya yang
merangkumi ikrar (pengakuan) dengan lidah, membenarkan dengan hati dan
mempraktikkan dengan perbuatan. Ini adalah berdasarkan sebuah hadis yang
bermaksud : "Iman itu ialah mengaku dengan lidah, membenarkan di
dalam hati dan beramal dengan anggota".
(al-Hadis)
(al-Hadis)
Walaupun iman itu merupakan peranan
hati yang tidak diketahui oleh orang lain selain dari dirinya sendiri dan Allah
swt namun dapat diketahui oleh orang melalui bukti-bukti amalan. Iman tidak
pernah berkompromi atau bersekongkol dengan kejahatan dan maksiat. Sebaliknya
iman yang mantap di dada merupakan pendorong ke arah kerja-kerja yang sesuai
dan secucuk dengan kehendak dan tuntutan iman itu sendiri.
Firman
Allah swt yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang mukmin yang beriman kepada Allah swt dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu".
(al-Hujurat : 15)
"Sesungguhnya orang-orang mukmin yang beriman kepada Allah swt dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu".
(al-Hujurat : 15)
Firman Allah swt lagi yang
bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang
beriman itu apabila disebut nama Allah swt maka terasa gerunlah hati mereka dan
apabila dibaca kepada mereka ayat-ayat Allah swt, bertambahlah iman mereka dan
kepada tuhan sahaja mereka bertawakkal. Mereka mendirikan solat, membelanjakan
daripada apa yang kami beri rezki kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang
beriman dengan sebenar-benarnya".
(al-Anfal : 2-4)
(al-Anfal : 2-4)
Perkara yang menjadi asas atau pokok
keimanan dalam Islam juga dikenali sebagai rukun-rukun Iman iaitu sebanyak enam
perkara :
- Pertama : Beriman kepada Allah swt.
- Kedua : Beriman kepada Malaikat.
- Ketiga : Beriman kepada kitab-kitab.
- Keempat : Beriman kepada Rasul-Rasul.
- Kelima : Beriman kepada Hari Kiamat.
- Keenam : Beriman kepada Qada" dan Qadar.
Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah
saw dalam hadisnya yang bermaksud :
"Iman itu bahawa kamu
mempercayai kepada Allah swt, malaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari
kumudian dan kamu beriman kepada takdir baik dan buruknya".
(Riwayat Muslim)
(Riwayat Muslim)
3.3 Hubungan Iman dan Islam
Iman dengan makna tasdiq juga dinamakan akidah di mana rahsianya tidak diketahui sesiapa melainkan orang berkenaan dan Allah swt. Namun demikian manusia mempunyai sifat-sifat lahiriah yang dapat dilihat melalui tingkah laku manusia sama ada melalui percakapan atau perbuatan. Inilah yang menjadi ukuran keimanan seseorang. Adapun segala yang tersirat di dalam hatinya terserah kepada Allah swt. Iman yang melahirkan penyerahan diri kepada Allah itu juga disebut sebagai Islam. Ini bermaksud seseorang yang beriman hendaklah menyerah diri kepada Allah swt dengan menerima segala hukum dan syariat yang diturunkan Ilahi. Penyerahan dan penerimaan ini berlaku dengan dua perkara iaitu
(i) dengan kepercayaan dan pegangan
hati yang dinamakan Iman (akidah) dan
(ii) melalui sifat-sifat lahiriah
iaitu melalui perkataan dan perbuatan (amalan) dinamakan Islam. Nabi Muhammad
saw telah juga menunjukkan penggunaan kalimah Iman dalam pengertian amal
sebagaimana sabdanya yang bermaksud : "Iman terbahagi lebih enam puluh
bahagian, yang paling tinggi ialah mengucap kalimah "Lailahaillallah"
dan yang paling rendah ialah membunag benda-benda yang boleh menyakitkan orang
di jalan".
(Riwayat Muslim)
(Riwayat Muslim)
Oleh yang demikian jelas di sini
Iman dan Islam mempunyai hubungan yang rapat dan tidak mungkin dipisahkan.
Islam umpama pohon sementara Iman umpama akar sesepohon kayu. Kesuburan dan
kekuatan akar pokok tersebut dapat dilihat dengan kesuburan pokok pada daun,
ranting dan dahannya. Dalam menjelaskan tentang hubungan Iman dan Islam ini
kita petik sebuah hadis sabda Nabi saw kepada rombongan Abdul Qias yang
bermaksud:
"Aku menyuruh kamu beriman kepada Allah swt yang Maha Esa. Apakah kamu mengerti apa dia yang dikatakan beriman kepada Allah swt yang Maha Esa ". Iaitu penyaksian bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah swt yang Maha Esa, tiada sekutu baginya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan menunaikan satu perlima daripada harta rampasan perang".
(Muttafaqun "alaih)
"Aku menyuruh kamu beriman kepada Allah swt yang Maha Esa. Apakah kamu mengerti apa dia yang dikatakan beriman kepada Allah swt yang Maha Esa ". Iaitu penyaksian bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah swt yang Maha Esa, tiada sekutu baginya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan menunaikan satu perlima daripada harta rampasan perang".
(Muttafaqun "alaih)
Hadis di atas menjelaskan betapa
adanya hubungan yang erat di antara iman dan Islam di mana Islam itu menjadi
salah satu daripada perinsip Iman dan Iman pula dilahirkan melalui Islam secara
amali, dengan iqrar syahadah dan melaksanakan hukum syariat dalam segala
amalan. Sekiranya berlaku iqrar syahadah dan menunaikan fardhu sedangkan
hatinya tidak yakin atau tidak percaya serta ragu-ragu terhadap hukum hakam
Allah swt maka seseorang itu dihukum tidak beriman walaupun masih dinamakan
Islam sebagaimana yang berlaku kepada sesetengah orang-orang Badwi di zaman
Rasulullah saw.
Firman Allah swt yang bermaksud :
"Orang Arab berkata : Kami
telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad) : Kamu belum beriman (janganlah
berkata demikian, tetapi sementara Iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati
kamu) berkatalah sahaja : Kami telah Islam". (al-Hujurat : 14)
Kesimpulannya Iman itu melambangkan
sesuatu yang batin sementara Islam melambangkan sesuatu yang zahir. Oleh itu
iman dan Islam tidak boleh dipisahkan. Islam umpama pokok sementara Iman umpama
akar. Ibadat solat merupakan batang kepada pokok itu sementara beriman kepada
Allah swt merupakan akar tunjangnya di mana ia menjadi teras keimanan
seseorang. Pemisahan Iman dan Islam samalah kita memisahkan pokok dari akarnya.
3.4 Konsep
Ihsan dan Hubungannya dengan Iman dan Islam
Ihsan bermaksud bekerja dengan baik
dan tekun. Dari segi syara" bermaksud mengelokkan perbuatan zahir dengan
ibadat dan mengelokkan perbuatan batin dengan ikhlas. Menurut kamus bahasa,
Ihsan bermaksud membuat sesuatu yang baik. Al-quran menerangkan dengan meluas
ciri-ciri Ihsan dan mereka yang bersifat muhsinin (berbuat kebaikan).
Antaranya firman Allah swt yang
bermaksud :
"Jika kamu berbuat
kebaikan, maka faedah kebaikan yang kamu lakukan ialah untuk diri kamu dan jika
kamu berbuat kejahatan maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu
juga".
(al-Isra" : 7)
(al-Isra" : 7)
Kedudukan Ihsan adalah tinggi di
sisi Islam dalam konteks melengkapkan ciri-ciri keimanan dan keislaman individu
dan masyarakat Islam seluruhnya. Al-Quran menerangkan bahawa Ihsan wajib
menjadi tabiat manusia. Allah swt telah memberi ni"mat kepada manusia
dengan IhsanNya, maka manusia perlu Ihsan dengan ni"mat ini kepada
makhluk.
Firman allah swt yang bermaksud :
"Dan berbuat baiklah (kepada
hamba-hamba Allah swt) sebagaimana Allah swt berbuat baik kepadamu (dengan
pemberian ni"matNya yang melimpah-limpah".
(al-Qasas : 77)
(al-Qasas : 77)
Seseorang yang melakukan Ihsan akan
merasa tenang yang tidak dapat dirasakan oleh orang lain dan orang yang
menerima Ihsan itu sendiri merasa senang. Kasih sayang kepada pelaku Ihsan akan
memberi kebahagiaan jiwa. Mereka yang membuat keburukan tidak akan mendapat
ketenangan hidup. Oleh itu Allah swt telah memberi galakan supaya berbuat Ihsan
sebagaimana firmanNya yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah swt menyuruh kamu berlaku adil, dan berbuat ihsan (kebaikan), serta memberi bantuan kepada kaum karabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar serta zalim".
(al-Nahl : 90)
"Sesungguhnya Allah swt menyuruh kamu berlaku adil, dan berbuat ihsan (kebaikan), serta memberi bantuan kepada kaum karabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar serta zalim".
(al-Nahl : 90)
Al-Quran mengangkat martabat Ihsan
dengan begitu tinggi lebih-lebih lagi jika turut disertakan dengan ikhlas
kepada Allah swt dan kedua-dua ini dianggap sebagai sifat yang paling tinggi
dan mulia yang patut ada pada diri setiap muslim. Kesimpulannya kalau Iman itu
umpama akar, Islam umpama pokok maka Ihsan pula umpama buah yang baik.
Demikianlah hubungan di antara Iman, Islam dan Ihsan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar